Siakap Keli
Kredit: Google

Kapal Persiaran 1,800 Penumpang Terkandas Di Lautan, 4 Meninggal Dunia Dikhuatiri Dijangkiti COVID-19

Seramai 1,800 penumpang kapal persiaran, Zandaam yang terkandas di Panama mengalami detik merisaukan setelah empat daripada mereka meninggal dunia dikhuatiri akibat COVID-19.

Dua penumpang disahkan positif manakala sekurang-kurangnya 130 penumpang kapal mewah Zaandam menunjukkan simptom seakan flu dalam pelayaran tersebut.

Berikutan pandemik COVID-19, beberapa negara mengambil keputusan untuk menolak kapal yang dalam perjalanan ke Florida itu daripada berlabuh di perairan mereka.

Susulan itu, semua penumpang kapal dikuarantin di dalam bilik masing-masing sementara pemindahan penumpang sihat ke kapal lain dilakukan.

Jumaat lalu, syarikat pemilik kapal, Holland America Line telah mengumumkan kematian empat penumpang warga emas mereka.

“Malangnya, empat tetamu kita telah meninggal dunia- seorang malam tadi, dua kelmarin dan seorang beberapa hari lalu,” kata kapten kapal, Kapten Jan Smit.

Dalam perkembangan terkini, Panama telah membenarkan kapal tersebut melalui perairan mereka namun menghalang penumpang dari turun dari kapal itu.

Sumber: The Guardian, BBC

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.