Siakap Keli

KKM Alu-Alukan Khidmat Sukarelawan Kesihatan Untuk Bantu Petugas Kesihatan Tangani COVID-19

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengalu-alukan perkhidmatan sukarelawan dan perubatan dalam usaha menangani wabak COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga hari ini seramai 157 orang telah berdaftar dan ditugaskan sebagai sukarelawan dan ditempatkan secara berperingkat untuk bantu pasukan bantuan kesihatan dan perubatan COVID-19.

“Sejumlah 1,008 orang lagi bakal sertai pasukan perubatan di hospital, iaitu mereka yang terdiri daripada pelbagai profesion perubatan.

“Mengambil kira situasi semasa, KKM menyeru agar lebih ramai lagi sukarelawan dapat sertai pasukan ini dengan mengisi borang pendaftaran Anggota Sukarelawan Bantuan Kesihatan Dan Perubatan COVID-19 di laman sesawang Facebook KKM.” jelasnya dalam satu sidang media, hari ini.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.