Siakap Keli
Foto: BERNAMA

Mayat Pendaki Ditemui Di Bukit Cheruk Tok’un

BUKIT MERTAJAM, 29 Mac — Seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Cheruk To’Kun lapan hari lalu ditemui mati di laluan mendaki oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), hari ini.

Mayat Teng Ching Hiang, 58, yang hampir reput itu ditemui kira-kira jam 9.30 pagi oleh pasukan SAR yang terdiri daripada anggota polis, tentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan sukarelawan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Supt Mohd Mustafa Bidin, berkata pemeriksaan fizikal ke atas mayat mangsa mendapati tiada unsur jenayah.

Menurutnya, mangsa, dari Taman Sentosa di sini, dilaporkan memaklumkan kepada rakannya bahawa dia ingin pergi mendaki seorang diri pada 21 Mac.

Bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan nasihat rakannya supaya membatalkan niatnya kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah bermula 18 Mac lalu, katanya.

“Polis menerima laporan daripada rakannya Khamis lalu selepas dia gagal menghubungi mangsa sejak 22 Mac lalu,” katanya di sini hari ini.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.