Siakap Keli

“Pemergian Allahyarhamah Kehilangan Buat KKM,” Menteri Kesihatan Zahir Simpati Pembantu Tadbir KKM Mangsa Ke-35

Beberapa minit lalu, KKM melalui akaun Twitter rasmi mereka memuat naik kiriman maklumat dan kemaskini terbaru kematian akibat Covid-19.

Menerusi kenyataan tersebut, kes kematian ke 35 (pesakit 1,952) merupakan seorang wanita warga tempatan berumur 57 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

Terbaru, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba melalui Facebook rasmi miliknya berkongsi sedikit maklumat berkaitan mangsa terbaru virus ini.  Menurutnya, mangsa merupakan seorang Pembantu Tadbir, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Salam takziah buat waris Allahyarhamah Saziah binti Mohd Said, Pembantu Tadbir, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Allahyarhamah berumur 57 tahun, positif COVID-19 telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sg Buloh pada 29 Mac 2020, jam 4 petang.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan buat KKM.

Sumber: Facebook Dr. Adham Baba

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.