Siakap Keli

Polis Lepaskan Tembakan Peluru Getah Kepada Pembeli Di Pasar Raya Kerana Berhimpit, Tak Patuh Arahan ”Social Distancing”

SEKUMPULAN pasukan polis dilaporkan terpaksa melepaskan tembakan rambang kepada ratusan pembeli di sebuah pasar raya yang didapati mengingkari arahan social distancing ketika keluar membeli barangan, baru-baru ini.

Kejadian tembakan yang menggunakan peluru getah itu berlaku di Johannesburg, Afrika Selatan dan ia disebabkan tanggungjawab pihak polis untuk memastikan orang awam patuh dengan arahan bagi mengekang penyebaran wabak COVID-19.

Menurut laporan AFP, kebanyakan mereka di situ datang untuk membeli makanan, didapati berdiri berdekatan antara satu sama lain ketika dalam barisan beratur menunggu giliran untuk masuk ke pasar raya tersebut, dilaporkan jumlahnya sekitar 200 ke 300 orang.

Disebabkan masing-masing mahu merebut tempat (giliran) mereka, ramai yang tidak mengamalkan penjarakan sosial yang selamat sesama sendiri.

Gambar: AFP

Sebanyak 10 buah kenderaan polis tiba di situ lalu melepaskan tembakan kepada pembeli-pembeli tersebut menggunakan peluru getah.

Ekoran ‘serangan’ tersebut, mereka mula tergesa-gesa menginjak antara satu sama lain sehingga seorang wanita bersama bayinya terjatuh ke tanah.

Bukan itu sahaja, malah selepas itu pihak polis menggunakan cambuk pula untuk memastikan mereka berdiri dengan jarak yang selamat.

Gambar: AFP

Sementara itu di bandar Alexandra, troli beli-belah sangat membantu untuk arahan penjarakan sosial.

“Setakat hari ini, apa yang kami usahakan adalah dengan melakukan penjarakan 1.5 meter menggunakan troli.

“Jadi seperti yang anda lihat ini, kami hanya mahu memastikan setiap orang berada pada jarak 1 meter melalui troli tersebut,” kata Lilly Bophela, pengurus pasar raya.

Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa telah melaksanakan perintah lockdown selama 21 hari melibatkan 57 juta penduduk dengan mengerahkan pasukan polis dan tentera untuk menguatkuasakan sekatan.

Namun pada hari kedua lockdown dilaksanakan, kerajaan masih terpaksa berusaha memastikan rakyat mematuhi sekatan tersebut.

Dengan statistik 1,187 kes positif, negara itu kini mencatat kedudukan tertinggi jangkitan COVID-19 di benua Afrika.

Gambar: AFP

Sumber: AFP

Adnin Razak

Tukang tulis untuk rakyat jelata.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.