Siakap Keli
Kredit: Twitter/Google

“Pucuk Dicita Ulam Mendatang”, Malaysia Terima 100,000 Kit Ujian COVID-19, 600,000 Topeng Muka Dari China -KP Kesihatan

Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima 100,000 kit ujian COVID-19 dari China, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

Menurutnya, kerajaan turut menerima 100,000 topeng muka N95, 500,000 topeng muka bedah tiga lapisan dan 50,000 peralatan perlindungan diri (PPE) serta 200 ventilator.

Kit ujian itu telah diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan diberi jaminan oleh Duta Besar China di Malaysia, katanya semalam.

“Saya telah diberi jaminan oleh duta bahawa yang ini lebih tepat berbanding yang kami uji,” tambah beliau.

Selain itu, KKM turut menerima kit ujian dari Korea Selatan dan masih menilai kit berkenaan.

Sumber: Bernama, Noor Hisham Abdullah

Amira

Love yourself.