Siakap Keli

TERKINI: Mempunyai Sejarah Perjalanan Ke Indonesia, Korban Covid-19 Meningkat 35 Orang Setakat Ini

Terbaru, jumlah kematian disebabkan oleh Covid-19 terus meningkat kepada 35 orang.

Menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Twitter rasmi memberitahu kes kematian ke 35 (pesakit 1,952) merupakan seorang wanita warga tempatan berumur 57 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

Beliau dimasukkan di Hospital Putrajaya pada 17 Mac kemudian Hospital Kuala Lumpur serta Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac jam 4.00pm.

Sumber: KKM

Nur Farra