Siakap Keli

Terlalu Ramai Yang Beli, Pengeluaran Tiga Kilang Roti Utama Di Malaysia Hampir Ditahap Maksimum

KETIKA tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dikuatkuasakan, salah satu benda yang paling penting kita perlu ada adalah makanan.

Paling tidak pun makanan asas seperti beras, tepung, gula dan roti.

Menyentuh berkenaan roti, baru-baru ini pernah menjadi isu di mana banyak bekalannya terputus di kedai-kedai, mungkin disebabkan permintaan tinggi sehingga ramai yang tidak dapat perolehinya.

Rentetan itu, kerajaan telah memastikan operasi pengeluaran roti cukup di pasaran bagi memenuhi keperluan rakyat.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa pihaknya telah melawat kilang-kilang pengeluaran roti utama negara iaitu Gardenia Bakeries Sdn. Bhd. (Gardenia), The Italian Baker Sdn. Bhd. (Massimo) dan Mighty Bakery Sdn. Bhd. (Mighty White).

“Hasil semakan mendapati kapasiti pengeluaran ketiga-tiga kilang ini adalah hampir ke tahap maksimum serta dapat memenuhi keperluan semua rakyat.

Gambar: Facebook

“Rakyat Malaysia adalah diseru untuk membeli secara berhemah supaya tidak terputus bekalan,” jelasnya lagi.

Kenyataan tersebut turut diakhiri dengan slogan #kekaltenang dan #semuadapatroti.

Bak kata orang, “Ingat orang belakang.”

Belilah dengan berhemah ya. Terima kasih MITI! Terima kasih abang roti!

Sumber: Facebook

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.