Siakap Keli

(Video) “Bukan Untuk Kami, Untuk Pihak Lain”, Shuib Sepahtu Berikan Penjelasan Isu Artis Minta Bantuan Kerajaan

SELEPAS kerajaan mengumumkan tentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat baru-baru ini, terdapat desas-desus dari sebilangan artis yang menyatakan bahawa golongan selebriti seperti mereka juga harus dibantu.

Permintaan itu ternyata menimbulkan pelbagai persoalan; adakah artis yang kita sedia maklum; mereka sudah ada segala-galanya itu sesuai dan layak?

Tidak cukup dengan itu, kebanyakan warganet mula mengecam tindakan artis tersebut dan berpendapat bahawa selebriti tidak patut diberi bantuan kerana ramai lagi golongan marhaen betul-betul memerlukan.

Bagaimanapun, seorang pelawak terkenal, Shuib Sepahtu telah memberi penjelasan sebenar tentang bantuan khusus tersebut melalui Instagramnya semalam.

Katanya, bukan mereka yang mengharapkan bantuan itu, tetapi ‘pihak’ lain.

Siapakah mereka yang dimaksudkan itu?

Mari kita tonton video ini.

https://www.instagram.com/tv/B-RlrthHlNL/?utm_source=ig_web_copy_link

Sudah jelaskan siapakah golongan artis yang dimaksudkan itu?

Marilah kita ‘berdamai’ semula dan berlapang dada.

Benar, Shuib sendiri mengaku bahawa dia dan artis-artis lain masih lagi boleh survive, Insya Allah.

Alhamdulillah, selebriti dan ‘penghibur’ tanah air kita masih rasional dan berperikemanusiaan.

Terima kasih Shuib atas penjelasannya!

Sumber: Instagram 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'