Siakap Keli

(Video) Lapan Maut, Pesawat Lionair Bawa Pasukan Perubatan Covid-19 Meletup Sebelum Terbang Di Filipina

Sebuah pesawat Lionair meletup terbakar dan meletup di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) semasa berlepas pada Ahad (8 malam) di Filipina, membunuh semua lapan penumpang dan anak kapal, menurut laporan media tempatan.

Pengurus Besar lapangan terbang Manila, Ed Monreal, berkata pesawat yang membawa enam anggota krew dan dua penumpang yang masing-masing merupakan anggota perubatan, jururawat, doktor, tiga anak kapal, seorang pesakit dan peneman pesakit sedang menjalani misi perubatan untuk membawa pesakit ke Tokyo apabila ia terbakar di akhir landasan lapangan terbang.

Rakaman video menunjukkan asap besar penuhi langit malam dan beberapa kru penyelamat dalam misi memadamkan kebakaran terbabit.

Dalam pada itu, menurut laporan Channel News Asia, Lionair merupakan firma yang berpangkalan di Filipina, berbeza dengan Lion Air, syarikat penerbangan tambang murah Indonesia.

Menurut laman webnya, Lionair menyediakan penerbangan pemindahan dan penerbangan perubatan. Pada September tahun lepas, penerbangan yang dikendalikan oleh Lionair terhempas di Laguna, sebuah wilayah selatan Manila.

Sumber: Channel News Asia CBC

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.