Siakap Keli

17 Kes Positif Covid-19, PKPD Dilaksanakan Di Menara City One Kuala Lumpur

Kuala Lumpur: Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah di sini, berkuat kuasa mulai 31 Mac hingga 13 April ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu dilaksanakan berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 17 kes positif jangkitan COVID-19 di menara berkenaan.

”Mengambil kira jumlah kes tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan, telah memutuskan untuk melaksanakan arahan ketiga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

”PKPD ini melibatkan 3,200 penghuni di 502 unit kondominium dan premis perniagaan di menara itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.