Siakap Keli
Kredit: Bernama

Bilangan Kes Baharu Mengikut Negeri, Selangor Paling Tinggi

Selangor mencatatkan pertambahan 60 kes harian diikuti Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan masing-masing 24 kes, setakat hari ini.

Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan oleh KKM, pada hari ini hanya dua negeri iaitu Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak mencatatkan sebarang kes.

Pertambahan semua kes di setiap negeri itu menjadikan jumlah kes baharu positif jangkitan pada Isnin adalah sebanyak 156 kes, sekaligus menjadikan bilangan kes kumulatif meningkat kepada 2,626 kes.

Sumber: KKM Putrajaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.