Siakap Keli
Gambar: aljazeera

Dipercayai Terlalu Bimbang Kesan Covid-19 Kepada Ekonomi, Menteri Kewangan Jerman Didakwa Bunuh Diri

Menteri Kewangan Hesse, Jerman, dipercayai telah membunuh diri kerana ‘sangat bimbang’ tentang bagaimana untuk menangani krisis ekonomi susulan wabak COVID-19, kata pemimpin negeri itu, Volker Bouffier, pada Ahad.

Thomas Schaefer, 54, ditemui mati berhampiran landasan kereta api pada Sabtu, dan pejabat pendakwa raya Wiesbaden berkata, merekas percaya bahawa beliau mati kerana membunuh diri.

”Kami terkejut, kami tidak percaya dan lebih daripada itu, kami amat sedih,” kata Bouffier dalam satu kenyataan yang dirakam.

Polis dan pendakwa berkata, antara faktor termasuk soal siasat kepada saksi dan pemerhatian sendiri di tempat kejadian, mereka menyimpulkan bahawa Schaefer membunuh dirinya.

Hesse yang terletak di Frankfurt adalah ibu kota Jerman, di mana ibu pejabat institusi kewangan utama seperti Bank Deutsche and Commerzbank beroperasi. Bank Pusat Eropah juga terletak di Frankfurt.

Menurut Bouffier, Schaefer merupakan Menteri Kewangan Hesse selama 10 tahun yang bekerja ‘siang dan malam’ untuk membantu syarikat dan pekerja menangani impak ekonomi akibat pandemik COVID-19.

”Hari ini, kami terpaksa menganggap bahawa beliau sangat bimbang.

”Kita amat memerlukan seseorang seperti beliau pada masa yang sukar ini,” katanya yang juga sekutu rapat kepada Canselor, Angela Merkel.

Seorang yang popular dan dihormati ramai, Schaefer telah lama disebut-sebut sebagai mungkin menjadi pengganti kepada Bouffier.

Mendiang meninggalkan seorang isteri dan dua anak.

Sumber: www.aljazeera.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.