Setiap daripada kita sudah semestinya akan sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan yang sememangnya sangat berat untuk dihadapi namun tetap perlu diterima dengan tabah.
Rakyat di Malaysia dan seluruh dunia pada ketika ini sedang diuji dengan penularan Covid-19. Disebabkan itu juga, ketika semua rakyat Malaysia diperintahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan dan tidak dibenarkan keluar kecuali mempunyai urusan yang penting sahaja, sebuah keluarga di Langgar, Kedah diuji dengan ribut yang kuat sehingga memusnahkan sebahagian besar rumah yang didiami oleh mereka.
Menerusi laman Facebook Khairani Othman,dia memuatnaik beberapa gambar yang menunjukkan situasi selepas berlakunya ribut kuat semalam. Mereka sekeluarga bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kemalangan jiwa.
Disaat dunia sedang di landa ujian besar wabak COVID19, kami sekeluarga diberi sedikit dugaan dan ujian dariNya. Kami menerima dengan jiwa pasrah dan redha. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa hanya kerosakan harta dunia. InsyaAllah akan datang hikmahnya. Semoga ini menambahkan lagi ketaqwaan kita semua.
My car
Sumber: Khairani Othman