Siakap Keli
Gambar: Bernama

Maklumat Penyertaan Sebagai Sukarelawan Bagi Pengendalian Kes COVID-19 DI Fasiliti KKM

Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda wabak pandemik Covid-19. Seperti semua yang telah sedia maklum, angka kes positif serta kematian yang dicatatkan di negara kita sehingga ke hari ini semakin meningkat.

Sebagai persediaan, pihak KKM ada membuka khidmat sukarelawan bagi sesiapa sahaja warganegara Malaysia yang layak untuk turut serta membantu petugas barisan hadapan kita memerangi wabak ini.

Bagi sesiapa yang sanggup menabur jasa dan bakti kepada negara, anda boleh mengisi borang penyertaan yang telah dikongsikan oleh KKM ini. Apakah syarat-syarat serta tugas yang bakal anda lakukan nanti? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang dikongsi oleh KKM seperti berikut:

PENYERTAAN SEBAGAI SUKARELAWAN BAGI PENGENDALIAN KES COVID 19 DI FASILITI KKM

Mesej untuk mendapatkan khidmat sukarelawan ini dipanjangkan kepada anggota Kesihatan dan Perubatan swasta seperti Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan dan lain-lain, yang ingin membantu KKM dalam menangani wabak Covid-19 dalam pelbagai skop perkhidmatan dan pelbagai cara mengikut bidang atau kemahiran anggota kes berkenaan.

Khidmat sukarelawan amat diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan di bawah:

1. Menjalankan saringan demam di *Fasiliti Kesihatan Awam* (Public Health Facilities) seperti di Klinik Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah, KLIA dan sebagainya.
atau
2. Menjalankan tugas-tugas di hospital yang terlibat dengan pengendalian kes:
a) Bukan COVID 19 di Wad dan Jabatan Medikal,Ortopedik,Surgical, dan lain-lain akibat kesesakan pesakit COVID 19 di Hospital COVID
b) COVID-19 bagi pakar /pegawai yang berpengalaman tertakluk kepada keperluan semasa

Kepada mereka yang ingin berbakti sebagai sukarelawan di fasiliti kesihatan awam seperti di klinik kesihatan, pejabat kesihatan daerah, KLIA dan sebagainya, sila lengkapkan google form di bawah:

https://docs.google.com/…/1FAIpQLSdnO5pPnHNCFlQ9Q…/viewform…

Kepada yang ingin berbakti sebagai sukarelawan di hospital KKM, sila lengkapkan google form di bawah ini:
https://docs.google.com/…/1FAIpQLScTmWCBfjKeKK8pL…/viewform…

Mereka yang sedang berkhidmat sama ada di sektor awam mahupun swasta, kebenaran Ketua Jabatan atau majikan hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

Syarat-syarat menyertai khidmat sukarelawan ini adalah:
1) Berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon; (bagi yang berkaitan)
2) Sihat tubuh badan & tidak mempunyai masalah kesihatan yang tidak terkawal.
3) Sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan.
4) Tiada sejarah melawat ke negara/lokasi wabak COVID-19 atau menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dalam jangkamasa 14 hari sebelum bertugas.

Sekian, terima kasih.

NATIONAL CRISIS PREPAREDNESS RESPONSE CENTER, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
24 Mac 2020

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa