Umum mengetahui bahawa negara kita pada ketika ini sedang diuji dengan penularan Covid-19 sehingga kerajaan mengambil keputusan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.
Bagi membendung rantaian penularan virus itu, petugas barisan hadapan juga sedang memainkan peranan mereka tanpa mengenal penat lelah.
Isteri Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina juga tidak terkecuali menjadi petugas barisan hadapan bagi membantu menyembuhkan pesakit Covid-19.
Menerusi kiriman di laman Instagram miliknya, Dr Sheikh Muszaphar memberikan kata-kata semangat kepada isterinya. Beliau juga mendedahkan bahawa Dr Halina mempunyai simptom seperti sakit tekak dan batuk namun telah diuji negatif Covid-19.
Dr Halina terdedah kepada Covid
Isteri tercinta saya, Dr Halina telah menyaring pesakit Covid-19 sejak hari pertama.
Malam tadi dia menakutkan kami ketika dia baru pulang dari kerja kerana mempunyai simptom sakit tekak dan batuk.
Selepas melakukan ujian swab, dia menjalani kuarantin sendiri di rumah sambil menunggu keputusan ujian keluar. Saya sedih melihat dia tidak dibenarkan untuk berada dekat dengan anak-anak. Tidak dapat dibayangkan bagaimana dia melalui pengalaman selama 8 jam itu.
Saya masih ingat ketika dia membuat panggilan kepada saya ketika berada di hospital yang tidak diketahui kerana dia tidak mahu saya dan anak-anak dijangkiti. Pada tahap itu, dia lebih prihatin terhadap orang lain.
Dan Alhamdulillah, hasilnya negatif.
Dia masih lagi bersemangat untuk bekerja hari ini. Itu lah Dr Halina. Bukan sebab dia isteri saya namun sebab dia seorang doktor yang dilatih untuk membantu orang lain. Untuk berkorban demi pesakit.
Apa yang penting adalah untuk menyelamatkan nyawa walau sebesar manapun risikonya.
Sumber: Dr Sheikh Muszaphar