Siakap Keli
Gambar: Bernama

Waktu Operasi Kedai Jual Keperluan Makanan Dihadkan Dari 8 Pagi Ke 8 Malam – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dalam satu sidang media sebentar tadi menyatakan bahawa waktu operasi pasar raya, kedai barangan keperluan harian dan stesen minyak akan dihadkan.

Menurutnya, fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan ini akan mengehadkan semua waktu operasi kedai menjual barang keperluan makanan dari 8 pagi hingga 8 malam.

Tambahnya lagi, kesemua stesen minyak juga akan beroperasi pada masa yang telah ditetapkan itu.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa waktu bagi restoran atau premis makanan yang menyediakan perkhidmatan bungkus makanan turut dihadkan dari 8 pagi ke 8 malam.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa