Siakap Keli

Covid-19: Bendera Dikibar Separuh Tiang Di Itali

Rom: Bendera dikibarkan separuh tiang di seluruh Itali pada Selasa sebagai memperingati mangsa yang maut akibat COVID-19, selain menjadi lambang perpaduan serta tanda sokongan terhadap keluarga mangsa dan pekerja kesihatan, lapor ANSA.

Inisiatif itu dilancarkan Datuk Bandar Itali, turut disertai institusi, agensi pusat dan negeri serta sektor perniagaan dan agensi berita ANSA.

Wabak COVID-19 di Itali meragut lebih 11,500 nyawa.

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.