Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Kanak-Kanak 12 Tahun Jadi Pesakit Covid-19 Termuda Yang Maut Di Eropah

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Belgium dilaporkan menjadi mangsa termuda meninggal dunia akibat wabak Covid-19 di Eropah pada Isnin.

Jurucakap Pusat Krisis Koronavirus Negara, Dr Emmanuel Andre berkata, ia adalah ”suatu masa yang sukar kerana melibatkan seorang kanak-kanak dan mengecewakan pasukan perubatan.”

Beliau menambah: ”Kami memikirkan keluarga dan rakannya. Kejadian ini adalah sesuatu yang jarang berlaku tetapi memberi kesan yang besar kepada kami.”

Namun, maklumat lanjut mengenai kanak-kanak tersebut tidak didedahkan kepada umum, memetik laporan Independent.

Difahamkan, 98 orang telah meninggal dunia akibat Covid-19 di Belgium dalam tempoh 24 jam lalu sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes kamtian meningkat kepada 705 orang.

Sebelum kematian kanak-kanak perempuan dari Belgium itu, kematian termuda di Eropah adalah Vitor Godhino, seorang remaja lelaki yang berusia 14 tahun dari Portugal.

Dia dilaporkan meninggal dunia pada pagi Ahad lalu selepas jatuh sakit akibat wabak tersebut.

Manakala sebelum Vito, kematian termuda di Eropah direkodkan oleh seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, Julie Alliot dari Perancis.

Dia dilaporkan meninggal dunia di hospital di Paris pada 25 Mac lalu.

Sumber: Independent, Daily Mail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.