Siakap Keli
Gambar: Khairulaming

“Turunkan Dia Ke Liang Lahad, ” Khairulaming Titip 6 Pesanan Runtun Hati Buat Yang Masih Punya Ayah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pemergian insan yang tersayang buat selama-lamanya sememangnya sangat perit untuk dilalui namun perlu dihadapi dengan cekal.

Bagi yang telah kehilangan ibu atau bapa, kesunyian yang dirasai amat berat untuk diluahkan. Manakan tidak, tiada lagi tempat untuk meluahkan segala rasa yang selama ini dicurahkan kepada mereka.

Keadaan ini juga dilalui oleh Khairul Aming yang kehilangan bapa tersayang baru-baru ini. Beliau berkongsi berita duka itu menerusi laman Twitter miliknya.

Aku dah lama takut benda ni akan jadi. Tapi hidup dan mati itu bukan kita yang tentukan.

Beliau turut berpesan kepada sesiapa yang masih mempunyai bapa untuk lebih menghargai mereka dan berbakti sehingga akhir nafas mereka.

Sumber: Khairul Aming

Sofea

There's always another side to every story