Siakap Keli
Gambar: Detik News

Wilayah Di Indonesia Guna ‘Pocong’ Untuk Halang Penduduk Keluar Rumah

Sebuah kampung di Kabupaten Purworejo menjalani isolasi dan dijaga pocong agar pendduknya terhindar dari Covid-19. Sosok pocong ‘digunakan’ untuk mengingatkan penduduk pada kematian.

“Pocong itu mengingatkan kita pada kematian, jadi sesiapa sahaja yang mengejek dan tidak mengikut langkah pencegahan penyebaran virus tersebut boleh menjadi pocong atau mati. Semoga wabak ini akan cepat berakhir,” kata seorang pemimpin komuniti di kampung Tuk Songo, Kecamatan Purworejo, Angko Setiyarso Widodo.

Sepasang sosok ‘pocong’ dilihat sedang berjaga di jalan masuk utama Dusun Tuk Songo, Purworejo. Dua pocong itu sengaja dimaklumkan untuk mengawasi penduduk kampung atau di luar kampung yang ingin keluar masuk ke wilayah tersebut.

Kerana diisolasi, semua jalan masuk kampung ditutup dan penduduk hanya melalui satu jalan yang dijaga oleh dua ‘pocong’ itu. Bukan hantu, namun penduduk setempat yang menggunakan kostum seperti pocong.

Sumber: Detik News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa