Siakap Keli

“Akak Ni Tengah Mengandung Lagi, Ya Allah”, Ustaz Ebit Jumpa Dua Beranak Tidur Atas Jambatan, Bantu Carikan Rumah Sewa

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua telah dikuatkuasakan mulai hari ini dengan kawalan pihak berkuasa yang lebih ketat dan tegas.

Namun, di sebalik orang lain bahagia berada bersama keluarganya di rumah masing-masing, ada juga seorang dua insan yang masih tidak mempunyai rumah sendiri.

Mereka terpaksa ‘kuarantin’ diri di atas jambatan, terdedah dengan kepanasan siang, kesejukan malam dan udara yang sudah tentu tidak menyihatkan.

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi pengalamannya malam tadi dalam membantu keluarga kecil tersebut.

Gambar: Facebook Ustaz Ebit Lew

Menariknya, usahanya itu turut dibantu oleh ‘abang-abang’ polis yang turut ada rasa simpati dan berperikemanusiaan.

Difahamkan, Ustaz Ebit Lew sedang mencari mana-mana rumah sewa yang harganya berpatutan di sekitar Kuala Lumpur dan Gombak untuk diberikan kepada keluarga kecil ini agar mereka ada tempat berteduh.

Mari ikuti perkongsiannya di Facebook:

Malam tadi baru nak baring lepas live tadi tengok ramai tag saya di FB Amin Mean jumpa adik ni tidur dekat jambatan Petron Selayang tiada rumah dah empat hari disini. Saya terus gerak ke sana, dah 11.30 malam dan lalu roadblock dekat situ. OCPD tanya ustaz ke mana ni. Saya minta bantuan mereka. Baik sangat semua ikut saya membantu. Sebak rasa. Terima kasih ACP Arifai Ketua Polis Daerah Gombak dan semua abang polis bersama saya tadi. Hebat PDRM. Abang polis semua tolong angkat barang kakak ni dan anaknya.

Gambar: Facebook Ustaz Ebit Lew

Sampai atas menangis tengok adik comel ni dah tidur. Sejuknyalah ya Allah. Alas kotak jer. Macam anak saya kecil. Dah lena dekat rumah. Adik ni atas jambatan susahnya. Meronta hati melihat. Terus ajak anak ini dan ibunya bawa balik rumah. Tanya suami katanya pagi kot baru balik sini. Syukur rasa. Akak ni kenal saya. Pernah baca buku pasal Isteriku Bidadari. Akak ni tengah mengandung lagi. Ya Allah lagi sayu sebak rasa bersalah.

Dengan bantuan polis saya bawa akak ni balik rumah. Ya Allah apalah ujianmu anak kecil. Ada masalah keluarga juga. Polis kata apa-apa call jer ustaz. Kita bantu ustaz. Terima kasih ustaz tolonglah yer anak ni ustaz. Sedih rasa.

Siapa ada rumah untuk disewa sekitar KL atau area Gombak ni yang tak mahal boleh pm saya yer. Terima kaseh yer.

Sejuk hati tengok adik ni tadi baru sekejap tidur alas kotak dan ada ubat nyamuk. Sekarang dah takde nyamuk. Tidur lena yer adik comel bilik selesa aircond tandas semua selesa. Allah sayang. Terima kaseh adik yang tag dan Amin Mean atas berita dan gambar itu.

Gambar: Facebook Ustaz Ebit Lew

Sumber: Facebook

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.