Siakap Keli

Arab Saudi Minta Umat Islam Tangguhkan Rancangan Tunai Ibadah Haji

Arab Saudi mahu umat Islam menunggu sehingga ada penjelasan yang sebenar mengenai pandemik koronavirus sebelum merancang untuk menunaikan ibadah haji.

Sekitar 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berbondong-bondong ke tempat-tempat paling suci di Mekah dan Madinah untuk menjalankan ibadah selama seminggu, ia juga merupakan tanggungjawab sekali seumur hidup bagi setiap muslim yang berkemampuan.

‘Perhimpunan’ terbesar tahunan bagi Muslim itu dijadualkan akan bermula pada lewat bulan Julai namun pandemik koronavirus menimbulkan beberapa persoalan mengenai sama ada ia patut diteruskan atau tidak kerana risiko penyebaran jangkitan virus ini lebih ‘aktif’ semasa perhimpunan beramai-ramai.

Arab Saudi telah menangguhkan umrah sebelum ini sehingga notis yang akan diumumkan nanti. Ia menghentikan semua penerbangan penumpang antarabangsa dan minggu lalu menyekat masuk dan keluar beberapa bandar raya termasuk Mekah dan Madinah.

Kerajaan telah melaporkan 10 kematian dalam 1,563 kes Covid-19 yang telah menjangkiti 800,000 orang di seluruh dunia dan membunuh lebih daripada 38,000 orang.

Pembatalan haji tidak pernah berlaku sebelum ini pada zaman moden namun mengehadkan kehadiran dari kawasan yang berisiko tinggi pernah terjadi sebelum ini termasuk semasa berlakunya wabak Ebola.

Sumber: Today Online

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa