Siakap Keli

Bayaran One-Off RM 600 Kepada Pemandu Teksi Dan Pemandu Pelancong Mulai Esok

PUTRAJAYA, 1 April – Bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong yang berdaftar akan dimasukkan ke dalam akaun yang berdaftar mulai esok (2 April).

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata langkah untuk memasukkan ke dalam akaun adalah bagi memudahkan rakyat supaya tidak perlu keluar rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.

MOF berkata semakan dan kemas kini maklumat akaun bagi kategori penerima yang berdaftar boleh dibuat melalui laman web Kementerian Kewangan iaitu www.treasury.gov.my/ mulai esok.

“Kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban rakyat dalam menjalani kehidupan seharian yang mencabar disebabkan oleh penularan wabak COVID-19,” katanya.

Menurut kementerian itu, bayaran tersebut dibuat atas keprihatinan kerajaan akan impak wabak COVID-19 terhadap semua golongan masyarakat khususnya industri yang berasaskan kepada industri pelancongan.

Katanya sejajar dengan hasrat tersebut, kerajaan telah mengumumkan bayaran bantuan one-off RM600 kepada pemandu teksi, pemandu pelancong, pemandu bas pelancong dan pengusaha beca.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang