Siakap Keli
Kredit: Daily Star/Google

“Beri Kepada Mereka Yang Lebih Muda”, Warga Emas Pesakit COVID-19 Meninggal Dunia, Dipercayai Tak Mahu Dipakaikan Alat Bantuan Pernafasan

Seorang pesakit COVID-19 disahkan meninggal dunia setelah menolak untuk dipakaikan alat bantuan pernafasan.

Suzanne Hoylaerts, 90 dari Lubbeek, Belgium dilaporkan berbuat demikian kerana ingin mengutamakan pesakit yang lebih muda.

“Saya tak mahu menggunakan bantuan pernafasan. Simpan untuk pesakit yang lebih muda. Saya telah melalui hidup yang baik,” katanya.

Menurut anak beliau, Judith, Suzanne mula jatuh sakit sejak dua minggu lalu setelah hilang selera makan dan sukar bernafas. Walau bagaimanapun, dia dilaporkan tidak mengalami batuk mahupun demam.

Ketika dihantar ke hospital, doktor mendapati kandungan oksigen di dalam tubuhnya rendah.

Setelah disahkan positif koronavirus, Suzanne terpaksa dirawat di unit kecemasan tanpa keluarga di sisi.

“Kamu tak boleh menangis. Kamu telah lakukan yang terbaik. Ibu telah lalui hidup yang baik,” katanya kepada Judith.

Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac, sehari setelah dimasukkan ke hospital.

Sumber: Daily Star, New Zealand Herald, Fox News, The Sun UK

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.