Siakap Keli

COVID-19: Bank Dunia Ramal 11 Juta Penduduk Di Asia Timur, Pasifik Jatuh Miskin

Bank Dunia meramalkan seramai 11 juta penduduk di Asia Timur dan Pasifik bakal menjadi miskin berikutan krisis ekonomi akibat penularan wabak COVID-19 jika tiada langkah pantas diambil.

Dalam ramalan terburuk badan tersebut, negara terjejas akan mengalami kemerosotan paling mendadak dalam lebih daripada dua dekad.

Hal ini dijangka bakal meletakkan sebahagian besar rantau Asia ke dalam kemelesetan ekonomi berpanjangan.

Bank Dunia meramalkan pertumbuhan Asia Timur dan Pasifik boleh menjadi lembab kepada 2.1 peratus pada 2020 berbanding jangkaan pertumbuhan 5.8 peratus pada 2019.

Walaubagaimanapun, angka itu boleh turun kepada 0.5 peratus, membuka risiko krisis yang berpanjangan.

Di China, badan tersebut meramalkan penurunan pertumbuhan kepada 2.3 peratus pada 2020. Dalam kes terburuk, pertumbuhan negara itu boleh berkurang sehingga 0.1 peratus dari 6.1 peratus pada 2019.

Kemelesetan ekonomi gergasi ekonomi kedua terbesar global ini dijangka bakal memberi impak kepada seluruh dunia.

“Kemelesetan ekonomi kelihatan tidak dapat dielakkan dalam semua negara,” tulis laporan berkenaan, memberi amaran keseluruhan Asia Pasifik perlu bersedia dengan impak serius yang boleh mengakibatkan kehilangan punca pendapatan seterusnya mempengaruhi kadar penyakit dan kematian.

Tambah laporan tersebut, antara negara yang bakal terjejas adalah negara yang bergantung kepada sektor pelancongan, perdagangan serta mempunyai hutang yang tinggi.

Antara negara tersebut termasuklah Malaysia, Filipina, Thailand, Indonesia dan Timor Leste.

Malaysia dilaporkan akan mengalami penguncupan hingga 4.6 peratus.

Sumber: CNN Edition

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.