Siakap Keli
Gambar: The Guardian

Covid-19: Komander Kapal Pengangkut AS Mohon Bantuan Selamatkan Kelasi Kapal

Komander USS Theodore Roosevelt, Tentera Laut Amerika Syarikat telah memberi amaran kepada kepimpinan Tentera Laut bahawa tindakan tegas diperlukan untuk menyelamatkan nyawa anak-anak kapal. Covid-19 yang menyelubungi Amerika telah merebak kepada sekurang-kurangnya 70 orang kelasi kapal.

“Kami tidak berperang, kelasi kapal tidak perlu mati. Jika kita tidak bertindak sekarang, kita akan gagal menjaga aset  yang paling dipercayai. Penyebaran penyakit ini sangat cepat dan berterusan.

“Tindakan tegas diperlukan untuk mengeluarkan majoriti kakitangan dari pesawat pengangkut nuklear AS dan mengasingkannya selama dua minggu mungkin kelihatan seperti langkah luar biasa,” kata Kapten Brett Crozier di dalam memo yang dihantar ke Armada Pasifik Tentera Laut.

Gambar: CNN Philippines

San Francisco Chronicle pertama kali melaporkan permintaan komander itu untuk mendapatkan bantuan.

Komander Armada Pasifik AS enggan mendedahkan berapa ramai kelasi yang berada di atas kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear telah diuji positif Covid-19 namun mengatakan bahawa tidak ada yang telah dimasukkan ke hospital.

Pegawai Tentera Laut kedua pula mengatakan bahawa jumlah kes Covid-19 di atas kapal pengangkut pesawat telah melebihi 70 kes pada pagi Selasa dan menambah bahawa Angkatan Laut menjangka angka itu meningkat.

Wabak itu seolah-olah semakin meningkat dengan pesat. Seminggu yang lalu, Pentagon mengesahkan tiga orang kelasi di Roosevelt telah diuji positif dan angka itu telah meningkat kepada 25 dua hari selepas itu.

Sumber: CNN

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa