Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Ditahan Polis Ketika PKP, Lelaki Kantoi ‘Sorok’ Isteri Dalam But Kereta

Seperti yang kita ketahui, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah perkara yang amat penting untuk dilaksanakan kerana ianya adalah salah satu usaha dan cara untuk memutuskan rantaian jangkitan yang dibawa oleh virus Covid-19 ini.

PKP ini bukan sahaja diguna pakai di negara kita, malahan ianya turut dilaksanakan di beberapa lagi negara lain di seluruh dunia. Melalui pergerakan yang dikawal, cara ini dilihat sebagai cara yang terbaik sekali untuk membendung wabak ini daripada terus menular.

Umum mengetahui bahawa perlaksanaan PKP ini bermakna setiap daripada kita tidak boleh suka-suka untuk keluar rumah tanpa ada alasan yang kukuh mahupun urusan penting. Sesiapa yang didapati melanggar arahan PKP ini pula boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sejak PKP ini dilaksanakan, kita dapat melihat pelbagai gelagat serta alasan yang tidak masuk akal diberi bagi melepasi sekatan jalan raya yang diadakan oleh pihak berkuasa.

Gambar Hiasan via PA Media

Di United Kingdom (UK), seorang pemandu kereta bersama isterinya telah ditahan oleh pihak berkuasa selepas memberi alasan mahu mengambil barang berupa tingkap yang dibeli secara atas talian.

Ketika ditahan, lelaki tersebut dilihat berseorangan di dalam kereta. Namun apabila polis melakukan pemeriksaan ke atas keretanya, polis terkejut apabila mendapati bahawa isteri kepada lelaki itu berada di dalam but kereta.

Menurut satu ciapan yang dimuat naik melalui akaun Twitter rasmi polis North West Motorway, lelaki yang ditahan itu menyatakan bahawa dia terpaksa meletakkan isterinya itu di dalam but kereta kerana ruang penumpang tidak dapat memuatkan isterinya.

Pihak polis North West Motorway dilaporkan telah mengeluarkan saman kepada lelaki tersebut kerana melanggar arahan kerajaan.

Perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan kerajaan United Kingdom (UK) melarang rakyatnya keluar dari rumah jika tiada apa-apa urusan penting.

Sekatan jalan raya diadakan di beberapa kawasan di negara tersebut. Setiap pemandu kenderaan akan ditahan pihak polis untuk diperiksa bagi memastikan bahawa tujuan mereka keluar dari rumah itu adalah atas urusan penting.

Sumber: BBC

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa