Siakap Keli
Gambar: Bernama

Risau Monyet Kelaparan, Warga Emas Buang Rasa Takut Bagi Monyet Liar Makan

Seorang warga emas mengetepikan rasa takut terhadap monyet liar demi memastikan haiwan itu mendapat makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dilanjutkan sehingga 14 April.

Mohd Mahfuz Abdul Rahim, 62, yang berniaga makanan berhampiran Taman Paya Bakau di sini akan pergi ke kawasan rekreasi tersebut setiap kali sebelum balik ke rumah untuk memberikan baki jualan seperti kuih-muih kepada mamalia berkenaan.

Haiwan liar itu sering kelihatan berkeliaran di tepi jalan di Taman Paya Bakau seakan-akan menanti kedatangan pengunjung yang selalunya datang ke lokasi itu dan memberi makan.

“Monyet ini dah biasa orang (pengunjung) bagi makan, jadi bila Taman Paya Bakau ini ditutup (susulan PKP), mereka kelaparan sebab tiada siapa yang datang beri mereka makan macam selalu.

“Kebetulan kedai makan saya berhampiran dengan taman ini dan satu haluan untuk balik ke rumah, jadi setiap kali tutup kedai saya akan berhenti di sini beri makanan dan semuanya seperti dah tunggu saya,” katanya ketika ditemui di Taman Paya Bakau di sini, hari ini.

Mohd Mahfuz berkata beliau mula memberi makanan kepada monyet  sejak PKP dilaksanakan dan tidak takut biarpun haiwan itu sering dianggap liar kerana niatnya hanya mahu memastikan haiwan itu tidak kelaparan.

“Mungkin nasib haiwan seperti kucing dan anjing di jalanan telah mendapat perhatian orang ramai, tetapi haiwan seperti monyet juga mungkin sukar mendapatkan makanan dan kelaparan sejak PKP dilaksanakan, jadi saya cuba apa yang mampu.

“Apa-apa pun saya akan memastikan semua sampah turut dikutip dan dibuang di dalam tong sampah supaya kawasan ini tidak kotor selepas monyet itu diberi makan,” katanya yang menetap di Venice of Perak di sini.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa