Siakap Keli

(Video) Risau Warga Emas Terdedah Dengan COVID-19, Polis Turki Ambil Pesanan & Tolong Belikan Barang Keperluan

Berbuat kebaikan sesama manusia di kala musim COVID-19 ini adalah perkara yang sangat terpuji.

Kita mungkin mampu dan bertenaga, tetapi tidak pada sesetengah orang lain yang tidak berupaya.

Di Turki, tular satu video yang memaparkan seorang anggota polis melawat warga emas di rumahnya dan mengambil pesanan barang-barang yang diperlukan.

Difahamkan, anggota polis itu sendiri yang pergi ke kedai dan membeli barang yang dipesan kerana tidak mahu warga emas tersebut terdedah dengan jangkitan virus.

Rakaman berdurasi 42 saat itu dmuatnaik oleh pengguna Twitter, Stance Grounded baru-baru ini.

Terdapat ramai warganet memuji tindakan anggota polis yang tinggi rasa prihatin dan kasih sayang itu.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kesihatan warga emas itu terjamin kerana masih kekal duduk di rumahnya tanpa berjumpa dengan sesiapa di luar.

Semoga anggota polis itu mendapat rahmat dari-Nya.

Jangan dilupakan juga abang-abang polis kita pun rajin membantu ye.

Baru-baru ini mereka sudi membantu Ustaz Ebit Lew menghantar bantuan ke sebuah keluarga kecil yang tinggal di atas jambatan kerana tiada rumah.

Semoga mereka yang berbuat kebaikan seperti ini akan menerima balasan yang baik daripada Allah SWT. Ameen..

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.