Siakap Keli
Gambar:Metro UK

Bayi Berusia 6 Minggu Maut Akibat COVID-19, Mungkin Mangsa Termuda Di Dunia

Seorang bayi di Amerika Syarikat yang berusia enam minggu telah meninggal dunia selepas diuji positif Covid-19 dan kini dipercayai mangsa paling muda di dunia, lapor Metro Uk.

Menurut Gabenor Ned Lamont, bayi itu meninggal dunia di Connecticut minggu lepas dan beliau menggambarkan keadaan itu sebagai benar-benar menyayat hati.

“Dengan rasa kesedihan yang mendalam, hari ini kami mengesahkan bahawa kematian bayi pertama di Connecticut yang dikaitkan dengan Covid-19. Seorang bayi yang baru lahir berusia enam minggu dari Hartford tidak sedarkan diri semasa dibawa ke hospital lewat minggu lalu dan tidak dapat diselamatkan.

“Ujian mengesahkan bahawa bayi baru lahir itu positif Covid-19. Ini benar-benar menyayat hati. Kami percaya ini adalah salah satu kematian termuda yang disebabkan oleh Covid-19.

“Virus ini menyerang tanpa belas kasihan. Keadaan ini juga memperlihatkan betapa pentingnya untuk duduk di rumah dan mengurangkan pendedahan kepada orang lain. Kehidupan anda serta orang sekeliling pada dasarnya boleh bergantung pada virus tersebut. Doa kita untuk keluarga pada masa sukar ini,” kata Gabenor menerusi kiriman di laman Twitter.

Kanak-kanak dan remaja adalah demografi yang paling tidak terjejas oleh wabak Covid-19. Walau bagaimanapun, satu artikel yang diterbitkan oleh New England Journal of Medicine oleh para penyelidik China melaporkan bahawa seorang kanak-kanak berusia sepuluh bulan meninggal dunia selepas diserang virus itu.

Lebih daripada 211,000 orang Amerika dilaporkan telah dijangkiti virus dan sekurang-kurangnya 4,700 telah meninggal dunia di seluruh negara.

Sumber: Metro Uk 

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa