Siakap Keli

COVID-19 Indonesia: 149 Kes Baharu Dilaporkan, Jakarta Wilayah Tertinggi Dengan Angka Melebihi 800 Kes

SEBANYAK 149 kes positif COVID-19 baharu dilaporkan di Indonesia, menjadikan keseluruhan kes setakat ini berjumlah 1,677, lapor Jurucakap Pemerintah Indonesia, Achmad Yurianto dalam satu sidang media, semalam.

Berdasarkan rekod statistik bagi keseluruhan Indonesia, 1,147 kes sedang dalam rawatan, 103 daripadanya telah sembuh dan 157 dilaporkan meninggal dunia.

Terdapat lima wilayah di negara republik itu yang mempunyai taburan kes tertinggi iaitu Jakarta, Jawa Barat, Banten, Jawa Tengah dan Jawa Timur, setakat semalam.

Menurut laporan terkini di Liputan6, jumlah keseluruhan pesakit yang disahkan positif COVID-19 di Jakarta meningkat kepada 816 kes.

Kira-kira 51 kes daripadanya sudah sembuh, 90 meninggal dunia, 499 masih dirawat dan kuarantin sendiri seramai 176.

Selain itu, jumlah yang masih menunggu keputusan ujian adalah sebanyak 720 kes, 543 kes telah diketahui lokasi penyebaran berdasarkan penempatan dan bakinya 273 kes belum diketahui.

543 kes tersebut yang diketahui adalah tersebar di lima wilayah di sekitar Jakarta, iaitu Jakarta Barat, Jakarta Pusat, Jakarta Selatan, Jakarta Timur dan Jakarta Utara.

Ketua Bahagian Pencegahan dan Pengendalian Penyakit, Jabatan Kesihatan Wilayah Jakarta, Dwi Oktavia menyatakan bahawa jumlah tenaga kerja petugas perubatan di Jakarta akan dipertingkatkan.

Jakarta merupakan wilayah yang merekodkan kes positif tertinggi di Indonesia, dengan angka melebihi 800 kes.

Sumber: Liputan6, Detik News, COVID-19 Indonesia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.