Siakap Keli
Kredit: Google

COVID-19 Mungkin Ujian Terbesar Dunia Sejak Perang Dunia Kedua- Setiausaha Agung PBB

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyifatkan pandemik COVID-19 mungkin ujian terbesar buat dunia sejak Perang Dunia Kedua, lapor BBC.

“Kita hadapi krisis kesihatan global yang tidak pernah berlaku sejak 75 tahun penubuhan PBB,” katanya di ibu pejabat PBB di New York.

PBB ditubuhkan pada Oktober 1945 setelah tamatnya Perang Dunia Kedua bagi menggantikan Liga Bangsa-Bangsa dalam menjaga keamanan dunia.

Beliau turut menggesa seluruh dunia agar bertindak segera secara selaras untuk menghentikan wabak tersebut.

Katanya, tindakan tersebut hanya akan menjadi kenyataan jika semua orang bersatu tanpa mengira politik dan faham manusia berada dalam bahaya.

PBB yang memetik laporan IMF turut meramalkan pandemik yang menyerang dunia kini boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi seperti yang berlaku pada 2009, atau mungkin lebih teruk.

Penyakit dan impak ekonomi disebabkannya boleh menyebabkan ketidakstabilan dan pergolakan semakin buruk, konflik semakin teruk, katanya dalam laporan impak sosioekonomi COVID-19.

Selasa lalu, Bank Dunia meramalkan kira-kira 11 juta penduduk Asia Timur dan Pasifik bakal jatuh miskin setelah COVID-19 menjejaskan ekonomi. Ramalan itu melibatkan negara-negara yang bergantung kepada pelancongan, perdagangan serta mempunyai hutang yang tinggi.

“Krisis yang membunuh manusia, menambah penderitaan dan mengkucar-kacirkan kehidupan manusia,”

“Tapi ini bukan sekadar krisis kesihatan. Ini krisis kemanusiaan. COVID-19 menyerang masyarakat pada akarnya, meragut nyawa dan kehidupan manusia,” katanya.

Sumber: BBC, ABC News, CNN, UN, UN Report

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.