Siakap Keli
Gambar: Jakarta Post

Indonesia Pertimbang Tukar Tarikh Cuti Hari Raya Aidilfitri

Presiden Joko Widodo atau Jokowi telah menyatakan bahawa kerajaan terbuka untuk menyesuaikan semula tarikh cuti hari raya Aidilfitri sebagai pertimbangan bagi rakyatnya yang tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana kerajaan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan.

Ramadan  dijangka akan bermula dari 23 April sehingga 23 Mei pada tahun ini diikuti hari raya Aidilfitri pada 24 dan 25 Mei. Telah menjadi kebiasaan bagi orang ramai, terutama mereka yang tinggal di bandar besar untuk pulang ke kampung halaman mereka dan berkumpul bersama keluarga semasa cuti yang panjang.

Sumber: Jakarta Post

Aidilfitri tahun ini dijangka akan menyaksikan 20 juta rakyat Indonesia akan berkumpul bagi menyambut hari istimewa itu yang mengakibatkan aliran penghijrahan penduduk bandar yang besar ke kawasan luar bandar. Dengan kes Covid-19 yang tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan kes, pegawai kerajaan dan pakar-pakar telah menyatakan kebimbangan terhadap sambutan hari tersebut yang mungkin mencetuskan letupan dan kematian.

“Mungkin alternatifnya adalah untuk menukar tarikh cuti umum. Ini akan dibincangkan,” katanya dalam satu sidang media semasa mesyuarat kabinet.

Jokowi juga menyeru pentadbiran serantau untuk tidak menghasilkan dasar penghijrahan mereka sendiri. Beliau menggesa supaya dasar-dasar itu dapat dirumuskan dengan baik selaras dengan kerajaan pusat.

Sumber: Jakarta Post

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.