Siakap Keli
Foto: Dailymail

Itali Catat Kematian Paling Rendah Hari Ini Dalam Jangka Masa Seminggu

Jumlah kematian disebabkan oleh jangkitan wabak pandemik Covid-19 pada hari ini meningkat kepada 727 kes di Itali. Jumlah ini mencatatkan kes kematian paling rendah setakat ini.

Jumlah mangsa korban di negara tersebut kini mencecah 13, 155 kes. Agensi Perlindungan Awam Itali mendedahkan bahawa kenaikan jumlah hari ini jauh lebih kecil berbanding pada hari sebelumnya.

Peratusan kenaikan kematian harian di Itali ialah 5.8 peratus juga paling rendah sejak krisis ini bermula di negara tersebut.

Walau bagaimanapun, bilangan kes baru meningkat lebih mendadak dari hari sebelumnya iaitu meningkat sebanyak 4,782 berbanding 4,053. Ini menyebabkan jumlah kumulatif jangkitan wabak Covid-19 adalah 110,574 kes.

Grafik angka kematian harian di Itali sehingga 1 April 2020
Grafik ini pula menunjukkan angka jangkitan harian Itali sehingga 1 April 2020

Pegawai Kesihatan Itali mengakui bahawa data kematian akibat Covid-19 tidak lengkap kerana mereka sukar mengenal pasti punca kematian di luar hospital dan kematian akibat tidak mendapatkan rawatan daripada hospital. Hal ini berlaku kerana kebanyakan hospital di negara tersebut terlalu padat dengan pesakit Covid-19.

 

Sumber: Dailymail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang