Siakap Keli

KKM Sahkan 5 Buah Negeri Catat Paling Tinggi Kes Positif Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat beberapa pecahan mengikut negeri yang terkini dijangkiti wabak pandemik Covid-19.

Setakat 2 April 2020, KKM mengesahkan bahawa terdapat 3,116 kes positif Covid-19 dengan pertambahan baharu pada hari ini iaitu sebanyak 208 kes. Bagaimanapun, seramai 767 telah disahkan sembuh dan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Jika anda lihat pada gambar rajah di bawah, kes positif di negeri Selangor masih tinggi dengan pertambahan sebanyak 74 kes pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif bagi negeri Selangor adalah 800 kes positif.

Diikut dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu jumlah kumulatifnya adalah 488 kes positif. Tidak kurang juga dengan jumlah yang ditunjukkan daripada negeri Johor iaitu 395 kes positif.

Secara keseluruhannya, kita boleh lihat lima buah negeri yang mencatatkan kes positif yang tinggi.

  1. Selangor
  2. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  3. Johor
  4. Sabah
  5. Sarawak

 

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)