Siakap Keli
Gambar: Hindustan Times

Lelaki Dipercayai Palsukan Kematian Supaya Ambulans Hantar ‘Mayatnya’ Pulang Ke Kampung

Sedang menjalani perintah lockdown dan terdesak untuk pulang ke kampung, seorang lelaki dipercayai memalsukan kematiannya sendiri kerana ingin menumpang dalam ambulans yang akan membawanya dan tiga yang lain ke kampung mereka namun rancangan itu tidak berjaya.

Kejadian yang berlaku di Jammu itu memperlihatkan tiga orang yang lain juga terlibat dalam rancangan itu dan mereka berjaya mendapatkan ambulans. Pemandu ambulans tersebut memperolehi borang perintah palsu dari kolej perubatan kerajaan dan hospital di Jammu bagi perjalanan ‘mayat’ tersebut sebelum pihak polis menangkap mereka di pos pemeriksaan di Surankote pada Selasa lalu.

Tertuduh, dengan bantuan kejururawatan yang teratur mendapatkan sijil kematian yang palsu.

“Mayat dipindahkan dari hospital GMC ke Baflaiz Saillan. Dalam krisis koronavirus yang sedang melanda, tiada sesiapa perlu mengganggu mereka,” tulis arahan yang terdapat dalam rekod jabatan perubatan hospital GMC.

Surat itu juga menyebut nama pemandu ambulans dan nombor kenderaan tersebut yang membawa seorang mayat lelaki ke kampung asalnya.

“Ambulans tersebut sudah sangat dekat dengan destinasi yang dituju namun pasukan polis memintasnya di pos pemeriksaan dan mendapati bahawa lelaki yang mati itu sebenarnya masih hidup,” kata Penguatkuasa Kanan Polis Poonch, Ramesh Kumar Angral.

Pemandu ambulans ditahan dan dikuarantin bersama empat lelaki yang lain.

Sumber: Hindustan Times

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa