Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan daripada awal bahawa individu yang tidak menunjukkan sebarang gejala Covid-19 tetapi disahkan positif jangkitan wabak tersebut.
Namun begitu, menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ujian hanya dilaksanakan untuk mereka yang tidak mempunyai gejala tetapi mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sudah dijangkiti.
”Jadi kita dah kesan daripada awal lagi, mereka yang tak ada gejala pun boleh positif walaupun WHO pada ketika itu menasihatkan pada semua ialah mereka hanya melaksanakan ujian kalau ada gejala.
”Jadi, kita telah laksanakan kalau tak ada gejala tetapi ada close contact dan disyaki kita akan laksanakan ujian tersebut.
”Sebab itulah kita dapat kesan empat kes yang pertama yang tidak ada gejala tetapi positif dan mereka diasingkan di Hospital Sungai Buloh,” jelas beliau.
Pada Rabu, China telah mendedahkan data bahawa terdapat lebih 1,300 kes positif jangkitan COVID-19 tetapi mangsa terbabit tidak menunjukkan sebarang gejala.
Sumber: Sidang Media KKM