Siakap Keli

“Mula Dulu Lembut & Nasihat, Bertukar Tegas Kini Mood Polis Adalah Mood Keras”- Ment. Pertahanan

PIHAK polis yang bertugas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dalam ‘mood’ keras.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan pihak berkuasa tersebut sudah bertukar.

“Mula-mula dulu berlembut dan menasihat, kemudian bertukar kepada tegas dan kini ‘mood’ pihak polis adalah ‘mood’ keras.

“Kepada yang patuh arahan, saya dari pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih,” katanya dalam Sidang Media Harian COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail turut menjelaskan, bagi rekod sekatan jalan raya, 687 sekatan telah dijalankan setakat semalam.

“Sebanyak 380,342 kenderaan telah diperiksa, 3,791 premis turut diperiksa dan 23,256 pemeriksaan mengejut dilaksanakan,” tambahnya lagi.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.