Siakap Keli
Gambar: Bernama

Penganjuran Bazar Ramadan Tidak Sesuai Ketika Ini – Sultan Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah, penganjuran Bazar Ramadan adalah tidak sesuai diadakan susulan penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Baginda menegaskan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar, sekali gus boleh memberi kesan kepada kesihatan masyarakat secara keseluruhan, justeru penganjuran bazar Ramadan tidak wajar diadakan.

“Kes positif COVID-19 masih dilaporkan berlaku, maka saya melihat adalah tidak sesuai jika mahu diadakan bazar Ramadan bukan sahaja di sini, malah di tempat lain juga demi kesihatan serta keselamatan rakyat.

“Lupakan bazar Ramadan, saya bimbang jika berlaku penularan virus berkenaan secara berleluasa, ini akan turut memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam membasmi sepenuhnya wabak ini,” titah Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO) yang dimuatnaik dalam laman Facebooknya di sini, hari ini.

Baginda dalam pada itu turut bertitah agar masyarakat tidak memandang ringan terhadap arahan serta nasihat pihak berkuasa.

“Anda lihat sendiri bagaimana para petugas perubatan bersama pasukan barisan depan bertugas dari pagi hingga malam dalam usaha mahu membendung penularan wabak ini.

“Bayangkan, jika wabak ini semakin berleluasa ia akan turut memberi kesan kepada pasukan perubatan sehingga merencatkan sistem rawatan,” titah Baginda.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right