Siakap Keli

Penuh Fokus, Foto Banduan Penjara Kajang Gigih Jahit PPE, Bantu ”Frontliners” Kekang COVID-19

Siapa kata pesalah yang dihukum penjara tidak ada peluang untuk berubah?

Tanggapan itu harus dibuang sama sekali kerana sebesar mana pun kesalahan mereka, mereka tetap manusia yang ada hati untuk berubah dan melakukan kebaikan.

Begitu juga yang sedang berlaku dalam gambar-gambar di bawah ini.

Difahamkan, ini adalah situasi di Penjara Kajang di mana para banduan sedang menjahit stok pakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) untuk kegunaan petugas-petugas perubatan COVID-19 di Hospital Serdang.

Koleksi gambar ini dimuat naik oleh Jabatan Penjara Malaysia menerusi akaun rasmi Facebook dan Twitternya hari ini.

Gambar: Penjara Kajang

Gambar: Penjara Kajang
Gambar: Penjara Kajang

Aktiviti kebajikan yang dijalankan oleh pihak penjara itu mendapat respon yang begitu positif oleh warganet.

Terima kasih pihak Penjara Kajang kerana memberi peluang kepada mereka untuk berbakti kepada masyarakat.

Seharusnya tindakan seperti ini perlu dikenang oleh rakyat Malaysia bahawa jika hero tempur di barisan hadapan terdiri daripada Ketua Pengarah Kesihatan, pihak doktor, pakar, polis dan sebagainya, maka mereka pula adalah ibarat pasukan simpanan yang bertugas di barisan belakang, sentiasa bersedia dan mempersiapsiagakan segala persediaan barisan hadapan.

Terima kasih abang banduan!

Sumber: Jabatan Penjara Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.