Siakap Keli
Gambar:Daily Mail

Polis Kenya Tembak Mati Remaja Lelaki Bermain Di Balkoni Lepas 20 Minit Perintah Berkurung

Polis di Kenya dipercayai telah menembak seorang remaja lelaki berusia 13 tahun semasa dia bermain di balkoni rumahnya 20 minit selepas perintah berkurung dikuatkuasakan di seluruh negara itu.

Remaja lelaki itu ditembak di rumah keluarganya di Kiamaiko, pinggir Nairobi kira-kira jam 7.20 malam pada Isnin lalu. Tembakan tersebut dikatakan terkena perutnya.

Dia dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia kerana lukanya. Kejadian itu berlaku di tengah-tengah kritikan dan aduan orang ramai terhadap kekasaran polis Kenya sejak perintah berkurung pada waktu malam diumumkan minggu lalu.

Amnesty Kenya membuat kiriman di Twitter mengenai kematian itu dan menuntut penyiasatan dilakukan terhadap pembunuhan tersebut.

Pengarah pendakwaan Kenya kini mengarahkan siasatan ke atas kematian yang dikatakannya disebabkan oleh ‘peluru sesat’.

Terdapat 50 kes Covid-19 yang telah disahkan di Kenya dengan satu kematian direkodkan. Perintah berkurung pada waktu malam telah dikuatkuasakan pada Jumaat lalu bagi mengawal penyebaran virus itu.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa