Siakap Keli
Gambar: Supersport

Risau Anak Tak Sihat, Boateng Didenda Bayern Munich Kerana Langgar Perintah Kuarantin

Bayern Munich telah mendenda Jerome Boateng kerana melanggar perintah kuarantin. Tindakan tersebut bertentangan dengan garis panduan kelab tersebut.

Pertahanan Jerman itu memutuskan untuk meninggalkan bandar Munich kerana ingin melihat anaknya walaupun pihak berkuasa negara tersebut telah menasihatkan kepada semua warganegara untuk berada di rumah kerana pandemik Covid-19.

Denda kewangan tersebut adalah teladan bagi Boateng kerana Bayern telah mengumumkan bahawa jumlah yang perlu dibayar oleh pemainnya itu akan didermakan ke hospital di bandar.

Bayern tidak mendedahkan berapa jumlah yang perlu dibayar oleh Boateng.

“Saya tahu ia sememangnya satu kesalahan kerana tidak memaklumkan kepada kelab namun pada masa itu, saya hanya memikirkan mengenai anak saya.

“Dia tidak sihat. Jika seorang anak memanggil ayahnya, maka sudah tentu saya akan pergi tak kira pada bila-bila masa,” kata Boateng kepada akhbar BILD.

Sumber: Be Soccer.com, The Daily Star

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa