Siakap Keli

Bantuan Untuk Warga Asing Terjejas PKP Tanggungjawab Kedutaan Negara Masing-Masing- Menteri

SEMUA warga asing di negara ini yang turut terkesan dengan wabak COVID-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah berada di bawah tanggungjawab kedutaan negara tersebut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap kedutaan mesti bertanggungjawab untuk memastikan warga mereka menerima bantuan yang sewajarnya.

“Bagaimanapun, mereka perlu melapor pada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah jika terdapat rakyat mereka di daerah tersebut.

“Jika di Kuala Lumpur, mereka perlu menghubungi Pusat Pengurusan Bencana (CMC) di bawah kawal selia Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Jadi, isu berkaitan warga asing perlu diambil tanggungjawab oleh kedutaan masing-masing dan kita (kerajaan) akan bantu menyelaraskan apa yang mereka perlukan,” jelasnya dalam Sidang Media Harian PKP, hari ini.

Sumber: BERNAMA

 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.