Siakap Keli

China Dedah Lebih 1,300 Kes COVID-19 Tanpa Sebarang Gejala Di Negaranya

China pada Rabu mendedahkan negara itu mempunyai kira-kira lebih 1,300 kes COVID-19 tanpa bergejala, kali pertama data itu dikeluarkan berikutan kebimbangan orang awam yang disahkan positif tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom.

Pihak kesihatan juga melaporkan kes import pertama dari luar negeri di Wuhan – lokasi pusat penularan virus tersebut bermula pada hujung tahun lalu – meningkatkan lagi ketakutan akan jangkitan itu dibawa ke China dari negara luar.

Dari 36 kes baharu dicatatkan pada Rabu, 35 daripadanya adalah dari luar.

Sementara itu, menurut laporan Bangkok Post, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) berkata, kira-kira 1,367 pesakit tanpa gejala telah berada di bawah pemerhatian, dengan tambahan 130 kes terbaharu.

NHC mengumumkan pada Selasa bahawa mereka akan bertindak balas pada kebimbangan awam dengan memulakan menerbit data harian tentang kes-kes jangkitan tidak bergejala.

Gambar: Google

Selain itu, merujuk laporan Channel News Asia, China yang menjadi pusat penularan COVID-19 telah berjaya mengawal wabak dan mengurangkan sekatan perjalanan ke lokasi ‘titik panas’ virus itu.

Tapi negara itu bimbang jika di penghujung tempoh lockdown, akan kelihatan ribuan orang yang pernah dijangkiti kembali menjalani kehidupan masing-masing tanpa mengetahui mereka masih lagi membawa virus tersebut kerana tiada lagi simptom dan ujian saringan.

Bilangan kes tidak bergejala sebelum ini telah dikenal pasti dan ia tidak termasuk dalam data rasmi, lapor South China Morning Post yang memetik satu dokumen rasmi yang tidak diterbitkan baru-baru ini yang mengatakan ia melebihi 40,000.

Dalam langkah menghapuskan ketakutan awam, kerajaan pada minggu ini berpesan kepada pihak berkuasa kesihatan untuk menumpukan perhatian dalam mencari kes-kes tidak bergejala dan mengeluarkan data tersebut kepada mereka.

Sumber: Bangkok Post, Channel News Asia 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.