Siakap Keli
Gambar: The Nation

Diserang Virus Kuda Afrika, Sekurang-Kurangnya 73 Ekor Kuda Mati

Keputusan ujian makmal mengesahkan bahawa 73 ekor kuda yang mati di daerah Pak Chong telah dibunuh oleh penyakit bernama kuda Afrika, lapor Jabatan Pembangunan Ternakan Thailand.

Ujian makmal tersebut telah dilakukan pada sampel tisu dari haiwan berkenaan oleh Jabatan Pembangunan Ternakan Thailand.

Ahli veterinar, Pasawee, berkata bahawa sebanyak 73 ekor kuda telah mati akibat penyakit tersebut.

Jabatan tersebut telah bertindak melarang sebarang penggunaan kuda dan pemiliknya untuk keluar dari kawasan itu supaya dapat mencegah penyakit berkenaan daripada menular.

Para pegawai dari jabatan itu telah dikerahkan bagi proses nyah kuman di 29 ladang kuda, yang secara keseluruhannya mempunyai sejumlah 654 ekor kuda, di daerah Pak Chong, dan di ladang-ladang lain di daerah Muang.

Pasawee berkata wabak ini berasal daripada Afrika. Ianya masih lagi tidak dapat diketahui bagaimana wabak ini boleh tersebar di daerah Pak Chong.

Pegawai veterinar telah bertindak mengutip sampel dari haiwan dalam keluarga yang sama, seperti kuda, keldai, kuda belang dan unta di zoo Nakon Ratchasima untuk diuji.

Pemilik ladang kuda di daerah Pak Chong dan Muang telah dinasihatkan untuk menutup kandang kuda mereka dengan jaring bagi mengelakkan kuda mereka digigit oleh serangga, terutamanya agas, yang merupakan pembawa penyakit.

Sumber: Bangkok Post 

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa