Siakap Keli
Kredit" Google

Doktor Di UK Dilapor Mungkin Terpaksa Pilih Pesakit, Utamakan Ventilator Untuk Pesakit Lebih Tinggi Peluang Hidup

Dengan jumlah kematian yang meningkat akibat wabak COVID-19, doktor di United Kingdom (UK) dilapor mungkin terpaksa mengambil keputusan yang sulit.

Menurut Sky News, doktor di sana mungkin terpaksa mengutamakan pesakit yang lebih berpotensi untuk hidup berbanding mereka yang berpeluang tipis untuk diberikan alat bantuan pernafasan jika jumlah pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan melebihi bekalan dimiliki. Hal ini dilaporkan bagi mengurangkan kadar kematian dan morbiditi di negara itu.

Menurut Persatuan Perubatan British (BMA), kekurangan sumber seperti ventilator boleh mempengaruhi jumlah pesakit yang menerima rawatan menyelamatkan nyawa.

“Kita berpotensi mencapai tahap di mana keputusan dibuat di triage akan menentukan kelompok mana yang bakal menerima rawatan menyelamatkan nyawa ataupun tidak.

“Dalam keadaan ini, prioriti akan diberi kepada mereka yang mempunyai keadaan paling mustahak, paling kurang rumit dan mereka yang mungkin hidup lebih lama bagi memaksimakan manfaat, untuk mengurangkan kadar kematian dan morbiditi.

“Keputusan prioriti akan bergantung antara kewujudan bekalan dan permintaan. Jika masalah kekurangan sumber berlaku dengan serius, keputusan memilih pesakit yang patut menerima rawatan akan berubah sepanjang pandemik ini,” tulis dokumen itu.

Kredit: Google

Kematian tertinggi dalam 24 jam

Seramai 569 pesakit COVID-19 di UK meninggal dunia semalam, jumlah kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam di negara itu.

Angka itu menyumbang kepada sebanyak 2,921 kematian yang dicatatkan daripada keseluruhan 33,718 kes jangkitan di negara itu.

Sementara itu menurut The Guardian, pegawai kerajaan tempatan mengaku hanya 30 dari 30,000 buah ventilator dijangka diperoleh pada minggu hadapan.

Sebanyak kira-kira 8,000 ventilator digunakan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) untuk merawat pesakit koronavirus, tetapi sebanyak 30,000 ventilator tambahan masih diperlukan.

Penambahan itu adalah untuk menghadapi peningkatan kes yang dijangka berlaku pada bulan ini, lapor The Independent.

Kerajaan UK juga turut mengumumkan plan mengecualikan duti import ke atas ventilator dan peralatan perubatan penting dari luar Kesatuan Eropah. Tindakan ini adalah untuk mempercepatkan pesanan 8,000 peralatan dari luar negara.

“Profesional perubatan mungkin perlu menarik rawatan dari beberapa pesakit untuk memberi rawatan kepada pesakit lain dengan peluang sembuh yang lebih tinggi.

“Ini termasuk menarik balik rawatan kepada individu yang telah stabil atau semakin pulih, tetapi mempunyai potensi kesembuhan yang lebih rendah berbanding pesakit lain yang memerlukan rawatan sama,” tulis dokumen berkenaan.

Angka kematian di UK akibat COVID-19 dipercayai mampu mencecah 10,000 dalam satu minggu. (Kredit: Sky News)

Semua orang sama penting

Menurut Pengerusi jawatankuasa etika perubatan BMA, Dr John Chisholm, individu yang biasanya menerima rawatan berat akan diberi rawatan paliatif bagi mengutamakan individu yang dipercayai lebih mendapat manfaat dari rawatan berat tersebut.

“Semua orang penting dan sama penting, tapi ini tidak bermakna semua orang akan dirawat dengan sama,” tulis dokumen itu.

“Melihat ke minggu-minggu akan datang, jika pilihan sukar diperlukan, kami tahu mereka akan teruji,” katanya.

“Tiada sesiapa ingin mengambil keputusan ini, tetapi jika sumber tidak mencukupi, keputusan ini mesti dilakukan,” katanya seperti dilaporkan Sky News.

Sebelum ini, Perdana Menteri UK, Boris Johnson serta Putera Charles turut disahkan positif virus itu.

Sumber: Sky News, The Guardian, British Medical Association, The Independent

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.