Siakap Keli
Gambar:Cyberjaya Info

Hotel Di Cyberjaya Dijadikan Pusat Kuarantin, Tempatkan Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara perlu dikuarantin di pusat kuarantin yang telah dikhaskan bermula pada hari ini bagi mengambil langkah berjaga-jaga berkaitan penularan Covid-19.

Menerusi laman Twitter Cyberjaya Info, dapat disahkan bahawa Fox Hotel di Dpulze, Cyberjaya telah dijadikan pusat kuarantin.

Melalui satu kenyataan, Fox Hotel berkata bahawa bagi menyahut seruan kerajaan yang meminta beberapa hotel untuk membuka ‘pintu’ untuk dijadikan pusat kuarantin, pihak pengurusan mereka komited mengambil bahagian untuk membantu Malaysia dalam menangani ancaman Covid-19.

Gambar:Cyberjaya Info

“Hotel dan premis akan dikawal Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia sepanjang tempoh kuarantin tersebut iaitu selama 14 hari bermula 2 April. Akses dari  ke Dpulze telah ditutup dan tiada pihak yang dibenarkan keluar dan masuk ke hotel,” kata kenyataan tersebut.

Pun begitu, orang ramai masih boleh mengunjungi Jaya Grocer, farmasi dan kedai F&B di Dpulze melalui pintu masuk utama di tingkat bawah dan pintu masuk P1 berhampiran Cempaka Sari.

Sumber: Cyberjaya Info

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa