Siakap Keli

Jika PKP Tidak Dilanjutkan, KKM Nasihatkan Tidak Sertai Perhimpunan Awam Antara 6 Bulan Hingga Setahun

Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilanjutkan selepas 14 April, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai mana-mana perhimpunan awam antara 6 bulan sehingga setahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham berkata, langkah ini diambil supaya kes jangkitan Covid-19 dapat dicegah daripada terus menular.

”Amalan perhimpunan contohnya 6 bulan ataupun setahun, kita tak menggalakkan langsung perhimpunan membabitkan orang yang ramai,” katanya menerusi Sidang Media Perkembangan COVID-19 pada Jumaat.

Malah, orang ramai turut dinasihatkan sentiasa melakukan amalan yang diterapkan ketika ini iaitu penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan dengan betul.

Menurut rekod terkini, Malaysia telah mencacatkan sebanyak 3,333 kes positif jangkitan dengan 53 kes kematian.

Manakala, sebanyak 827 kes telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital.

Sumber: KKM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.