Siakap Keli

Kongsi Rezeki Ketika COVID-19, Usahawan Pemurah Sedekah 1,500 Ayam Segar Untuk Orang Kampung

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

DALAM tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua ini, sudah tentu masyarakat agak terkekang untuk bergerak ke mana-mana, lebih-lebih lagi jika mahu membeli barang dapur dan makanan harian.

Namun, bagi seorang pengusaha ayam segar, tempoh pelaksanaan PKP ini sebaliknya dijadikan peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat di sekitarnya yang memerlukan.

Pemilik sebuah syarikat pembekal ayam segar, Baharudin Ahmad dan isteri, Norliza Muhd Yunos telah menjalankan khidmat bakti mereka dengan melaksanakan edaran bantuan ayam segar percuma buat seluruh warga Kampung Parit Baru dan Kampung Batu 30, Pontian, Johor baru-baru ini.

Menurut mereka, sebanyak 1,000 ekor ayam segar telah disumbangkan kepada penerima setakat ini.

“Sudah 1,000 lebih ayam sudah disumbangkan.

“Kini sumbangan masih diteruskan, dijangka mungkin 1,500 ekor ayam keseluruhannya,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli, hari ini.

Gambar: Instagram

Difahamkan, walaupun kilangnya masih beroperasi tetapi hanya sekadar pada tahap minimum ekoran patuh pada pelaksanaan PKP.

“Edaran sumbangan bermula pada Khamis lepas hingga Sabtu bersama dengan pekerja dan ketua kampung untuk memastikan tiada yang tertinggal atau ada erti pilih kasih.

“Memandangkan tweet kami tular, kami telah memanjangkan lagi sumbangan untuk golongan yang memerlukan di sekitar kawasan kami,” tambahnya lagi.

Lebih menghayat hati, mereka menambah, sumbangan ayam segar tersebut turut sampai kepada penerima yang memang betul-betul sedang memerlukan bantuan.

“Ada yang satu rumah sampai 18 orang isi rumah dan mereka amat memerlukan bantuan makanan.

“Ramai penerima menghargai sumbangan tersebut kerana ia merupakan sumbangan terawal mereka dapat memandangkan sumbangan-sumbangan lain ambil masa untuk sampai ke pihak mereka,” jelasnya.

Memetik sedikit kapsyen yang ditulis pada gambar di Instagram tersebut,

Kita sama2 kongsi rezeki di dalam keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan. Insya Allah, di masa akan datang, akan lebih banyak bantuan dari pihak syarikat.

Semoga usaha pengusaha ayam segar ini mendapat ganjaran dan kebaikan berlipat ganda daripada Allah SWT atas usaha mereka membantu masyarakat yang terbeban.

Terima kasih rakyat Malaysia!

View this post on Instagram

Hari ke-9 Perintah Kawalan Pergerakan Rezeki di dunia ini untuk dikongsi bersama. Kami mulakan langkah pertama bantuan buat mereka yang ada di sekeliling kami. Syarikat kami merasakan golongan warga kampung terkesan dengan keadaan sekarang dan memerlukan bantuan dari segi makanan harian. Dengan ini, pemilik syarikat, En Baharudin Ahmad dan Pn Norliza Muhd Yunos telah melaksanakan bantuan ayam percuma buat seluruh warga Kampung Parit Baru dan Kampung Batu 30. Sumbangan berbentuk ayam ini diharapkan mampu meringkan semua pihak yang menerima. Hari ini, akan ada edaran ayam percuma buat warga pekerja syarikat ayam norliza dan kampung berdekatan yang masih belum sempat kami edarkan Kita sama2 kongsi rezeki di dalam keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan. Insya Allah, di masa akan datang, akan lebih banyak bantuan dari pihak syarikat. Semoga seluruh penduduk kampung, penduduk Pontian, penduduk Johor dan seterusnya warga Malaysia sentiasa support ayam keluaran muslim bumiputra ini. Buat pengetahuan semua, kilang ayam kami masih beroperasi seperti biasa dan menerima tempahan. Pastikan ayam bertag norliza baru beli 🇲🇾🐓 #ayamnorliza #KitaJagaKita #Bantuancovid19

A post shared by Ayam Norliza (NB Poultry&Farm) (@ayamnorliza) on

Sumber: Instagram

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.